I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 21, 2011

uhibbuki fillah

Indahnya persahabatan ini…
Biasa kita mendengar ungkapan ‘ukhwah fillah abadan-abadan’,tapi adakah kita tahu maksud di sebalik ungkapan itu?Hmmm,ramai juga orang kata manisnya berukhuwah tu…tapi ramai mana yang mampu merasai kemanisan itu?Betapa pentingnya ukhwah itu sehinggakan nabi kata orang yang mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri dapat masuk syurga…Subhanallah..
Saya yakin setiap daripada kita ada pengalaman-pengalaman atau cerita-cerita yang dapat dikongsi mengenai nilai persahabatan ini.Jadi, saya sendiri pun baru sahaja melalui satu pengalaman kehilangan seorang teman yang saya kira dia adalah utusan Allah kepada saya sepanjang kami bersahabat.Jangan salah tanggapan,dia masih ada di dunia yang fana ini,cuma dia telah pergi dari bumi Imtiaz yang barakah ini.
Saya mula mengenalinya setahun yang lepas.Pelajar asrama,confirmlah kami kenal semua,Cuma tak kenal hati budi je.Nama dan rupa memang boleh beza.Ditakdirkan saya dan dia satu dorm.Tambahan pulak kami ‘partner bed’.Setelah berbulan-bulan berjiran dengannya,saya mula mengenali teman yang dari luarannya Nampak lembut dan pendiam rupa-rupanya seorang yang ‘gila-gila’jugaklah.Pagi-pagi lagi dia dah tolong tandakan barisan yang memang panjang untuk saya mandi…kira time tu saya rasa bertuah lah..mana taknye,bangun dah lah lewat(zaman2 dululah,sekarang dah awal),pastu cepatnya dapat mandi…Memang dia baik...sangat.
Hari demi hari hubungan kami semakin rapat.Terasa seperti Allah telah menanamkan sifat mahabbah antara kami.Ditakdirkan Allah,tahun ni,kami satu dar lagi.Berkongsi kamar yang sama.Memang kami dah kenal dari tahun lepas lagi,jadi tak ada masalah lah…Dalam kamar tu ada lagi beberapa orang rakan saya dan kami pun memang rapat,salah seorang daripadanya kawan saya dari sek.rendah lagi…betapa kuatnya ukhwah kami seperti adik-beradik sehinggakan kami meletakkan gelaran pada diri masing-masing…Disebabkan tarikh lahirnya yang lebih awal dari saya,jadi saya memanggilnya dengan gelaran’achik’.Kami berdua memang banyak…sangat persamaan.Antaranya kami lahir pada bulan yang sama,anak bongsu,dan tinggal di daerah yang sama.
Bermulalah episode kesedihanku…(aiseh,suspen je bunyinya).Masa tu hari selasa,lupa tarikhnya bila,mak n kakak dia datang.ingatkan saja-saja datang,rupa-rupanya datang nak uruskan pasal pemindahannya hari tu jugak.saya pada asalnya memang tak tahu pun dia nak pindah,yelah hujan tak ada,ribut tak ada,tup tup dah nak pindah....Masa tu Allah jelah yang tahu perasaan saya..Tapi tahan jugak daripada rasa nak menangis ,biar nmpak cool je..
Waktu tengah mengaji dalam musolla,adalah sorang sahabat ni datang tanya’………........nak pindah ke’?saya angguk jelah,tapi masa tu dah rasa sebak semacam je..Bila nak mengaji tulah klimaksnya,,,menangis tak henti2…Bayangkan dari maghrib hinggalah ke isya’.Memang mata masa dah bengkak sangat2,kepala pun rasa pening…Shabat2 yang lain pun cuba tenangkan keadaan…Alhamdulillah masa dia melangkah kluar dari kwasan sekolah tu,saya boleh kawal tangisan..Tapi tulah,hari-hari yang saya lalui lepas je dia keluar memang sepi.Bangun tidur teringatkan dia,sebelum tidur pun teringatkan dia…Bila tengok je katil dia rasa sebak je..Walau apapun saya hormat dengan keputusannya dan saya yakin dia keluar dengan alasan yang kukuh walaupun hanya sebilangan daripada kami yang tahu alasannya…
Saya tetap mendoakan yang terbaik untuk dirinya,tidak semestinya dia keluar dari sekolah yang hebat dia dah tak jadi hebat lagi..Kami semua pun akan keluar dari Imtiaz suatu hari nanti dan waktu itulah kami akan berdepan dengan pelbagai golongan masyarakat…dan saat itu,bermulalah tugas kami untuk berdakwah secara rasminya…cuma mungkin teman saya ini akan menjalankan tugasnya lebih awal dari kami…Dimanapun kitaberada,matlamat kita tetap sama iaitu mendapat kecemerlangan sementara berada di dunia ini dan mencapai syurga yang hakiki untuk akhirat kelak…

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun
Kita kan terpisah jua akhirnya,
Namun cebisan kenangan kita,sentiasa bermain di bayangan
mata,detik waktu yang berlalu,menjadi kenangan kau dan aku…

Setakat itu sahajalah cerita yang dapat saya kongsikan.Memang kita akan dapat merasaikemanisan persahabatan itu jika kita benar2 bersahabat kerana Allah…. ….