I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 25, 2011

~UJIAN TARBIAH HIDUP~

Alhamdulillah,setelah lama saya tidak update blog ini,akhirnya hari ini,hari Jumaat yang mulia Allah mengizinkan saya untuk mencoret sedikit santapan keimanan.Bukan untuk mentarbiah diri sahabat-sahabat sekalian,tetapi tak lain tak bukan untuk diri saya sendiri.Benarlah firmanNya di dalam surah Al-Baqara

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengandengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar"

Bermakna,apabila kita diuji tentang sesuatu dalam hidup kita,percayalah bahawa itu adalah satu peluang yang baik di mana saat itulah kita akan lebih mengingati Allah.Memang fitrah manusia,apabila kita dalam keadaan gembira,kita kurang mengingati Nya,tetapi kalau kita berhadapan dengan masalah,ketika itulah kita menyedari bahawa tiada yang lebih berhak melainkan Dia.

Di sini,saya ada bawakan beberapa kisah benaryang terjadi kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya di mana mereka diuji dengan kehilangan orang yang tersayang dalam hidup mereka.

kisah pertama:

Ahmad dan Zaid(bukan nama sebenar)merupakan adik-beradik dan belajar di sebuah sekolah agama.Si abang ini merupakan calon SPM manakala si adik pula merupakan calon PMR.Si abang baru sahaja menduduki peperiksaan trial SPM.Pada hari Selasa,(lupa tarikhnya bila)ibu saudaranya datang menjempunya dengan membawa khabar kematian ayah tersayang.Hati mana yang tak sedih mendapat tahu si ayah yang selama ini mencari rezeki,yang selama ini sihat sahaja,akhirnya dijemput Ilahi..Apa yang lebih menyedihkan,Ahmad ini bakal menduduki peperiksaan SPM yang dikatakan penentu masa depan seseorang.Ayahnya bekerja sabagai kakitangan di sebuah sekolah di daerah itu.Punca kematian ayahnya saya kurang pasti,tapi salah seorang sepupunya merupakan sahabat saya.Dari apa yang diberitahu sepupunya,ayahnya meninggal sewaktu dia ingin menangkap beberapa orang pelajar yang tidak berpuasa di atas siling bangunan.Lalu ayahnya tersadung sesuatu dan terjatuh.Disebabkan kemungkinan suhu di atas siling yang agak panas membuatkan si ayah tadi sesak nafas dan meninggal di situ.Semoga ayahnya pergi dengan tenang di dalam bulan Ramadhan..

kisah kedua:
Siti dan Mila(bukan nama sebenar)juga merupakan pasangan adik-beradik.Si kakak merupakan calon SPM manakala sia adik juga merupakan pelajar ting.4.Mereka berdua tidak berasakl dari semenanjung tetapi kampung mereka di negeri Terengganu.Oleh kerana rumah mereka yang jauh,setiap kali kami, pelajar asrama dibenarkan pulang,mereka akan tinggal di asrama dengan beberapa orang lagi pelajar luar.Si adik yang agak rapat juga dengan saya pernah memberitahu bahawa ayahnya sakit kerana terkena buatan orang tetapi setelah berikhtiar,ayahnya sedikit sihat.Namun,takdir Allah tiada siapa yang tahu.Pada hari Jumaat bersamaan 19 Ramadhan,ayahnya dipanggil Allah.Sebak hati saya mendengar berita kematian itu.Seingat saya akhir sekali mereka berjumpa dengan si ayah sebelum bulan puasa.Sepanjang bulan pausa,mereka masih belum berkesempatan untuk berbuka bersama-sama dan hanya akan pulang masa cuti perayaan nanti.Tetapi Allah lebih sayangkan ayahnya.Saya dapat lihat kesedihan dalam dirinya melalui kaca matanya.Memang ia parkara yang menyedihkan. Tak dapat sya bayangkan sekiranya diuji sebegitu.

Itulah dua kisah yang dapat saya bawakan.Ada lagi beberapa kejadian yang berlaku antaranya kebakaran,kecurian,sakit yang diuji Allah,namun tak mungkin akan saya ceritakan kesemuanya.Saya menceritakan ini semua agar kita semua dapat mengambil pengajaran darinya.Pada saya,apa yang paling saya rasa terharu ialah apabila segala ujian yang Allah berikan kepada rakan-rakan saya pada bulan Ramadhan,bulan yang mulia.Subhanallah,Maha Suci Allah...pasti banyak pahala yang diperolehi jika mereka yang diuji bersabar dan terus bersabar.Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan dirinya.Kita sebagai hambaNya perlu redha dan menyerahkan segak a urusan kepadanya.Dari Dia kita datang dan kepadaNya juga kita kembali.

"yaitu orang yang apabial diuji,mereka mengatakan'innalillahiwainnailaihiraji'un"
~Al-BAQARAH~

*Al-fatihah kepada mereka yang telah kembali kepadaNya...